Powered By Blogger

Sunday 25 September 2011

KAHWIN .. pada usia berapa??


Bak irama lagu, "Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang". Adakah maksud lagu itu suruh kita kahwin cepat? Atau maksudnya tak payah bercinta lama-lama, kenal jer terus kahwin atau...

Sapa tak nak kahwin yer tak, rasanyer semua orang nak kahwin, cuma modal jer tak cukup. Tu yang ada yang sanggup berhutang semata-mata nak kahwin...



Berkahwin diusia muda ni, ada pro dan kons nyer... Pandangan saya, tak salah nak kahwin muda asalkan anda telah bersedia. Kekadang, kahwin diusia lanjut pun rasa masih belum bersedia kan...Cuba tanya pengalaman mereka yang kahwin tua...
Umur yang paling ideal untuk seorang lelaki itu berkahwin adalah antara 25 - 33 tahun bagi lelaki dan perempuan pula antara 20 - 28 tahun. Tetapi ketika usia inilah banyak masalah timbul, antaranya:

1) Duit tak cukup
2) Baru mula kerja, nak bantu keluarga dulu
3) Masih belajar di universiti
4) Tak bersedia
5) Tak puas nak enjoy lagi
6) Ada yang tak reti nak cari pasangan pun ada....he...he

dan macam-macam...

Rasanya nak tunggu sampai umur 30 lebih baru nak bersedia ker? Belum tentu...Kelebihan kahwin diusia muda antaranya:

1) Sama-sama bekerja membina ekonomi rumahtangga
2) Terselamat dari fitnah
3) Dapat mengawal pergaulan
4) Melepaskan nafsu yang memang tengah bergelora
5) Susah senang berdua, bukan sorang-sorang
6) Yang paling untung, anak kita membesar pada ketika usia kita masih muda.


Jika benar-benar nak berkahwin pada usia ideal, rancang dari sekarang, simpan ler duit sikit-sikit, lama-lama cukup la tu. Yang penting jangan berhutang, takut nanti anak-anak dah besar, hutang kahwin tak habis bayar lagi...

Pandangan anda macam mana plak....

Thursday 22 September 2011

'LUCUNYA CABARAN TUN M'




Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

"Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...," kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

"Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut," kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya.

Friday 16 September 2011

Bulan kelahiran anda


Januari
- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
- Sukar setia pada yang satu.
- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.
- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Kurang beremosi terhadap pasangannya.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Persaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
- Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk dipujuk.
- Kurang suka untuk sentiasa bersama.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Cepat rasa bosan dalam percintaan.
- Kurang yakin dalam perhubungan.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Ogos
- Tidak serius dalam perhubungan
- Mengambil mudah dalam perhubungan
- Kesetiaan di ragui.
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sering bertukar pasangan
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September
- Bersopan dalam hubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Sukar menerima pandangan pasangan.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.
- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November
- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Degil dan engkar dengan pasangan.
- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Tidak menghargai perhubungan.
- Sambil lewa dalam perhubungan.
- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
- Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4, 7

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
- Curang dalam percintaan.
- Kurang berkerjasama dengan pasangan.
- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

Monday 12 September 2011

fresh angle..





Aku memang selalu macam ni.

Macam mana?

Macam ni lah. Selalu terinspirasi bila berjalan atau merantau.
Tapi tak boleh jugak kalau nak cakap merantau,
pasal bukan jauh sangat pergi pun.

Tak kisah lah.

Yang penting, aku selalu balik dengan pengisian.
Dalam semangat, dalam hati, dalam jiwa, dalam fikiran.
Dalam - dalam diisi pengisian.

Itu sebab aku suka
 travell Tapi mana pernah ada peluang yang kerap. Jarang - jarang.
Blajar macam aku ni, 
travel waktu blajar je. Kalau nak pakai waktu dan duit sendiri,
memang harapan je lah.

tentang saat - saat bersama pemikiran sendiri apabila
kita sedang berada di tempat orang,
bersama orang - orang yang baru kita kenal dalam hidup.

Gelak, gelak jugak. Ketawa, ketawa jugak. Seronok, seronok jugak.
Tapi dalam pada seronok gelak tawa tu lah
aku berbual - bual dengan macam - macam orang.
Dapat ilmu sana - sini, itu yang paling sedap bila kita dapat.
Dengar pengalaman orang sana - sini.

Makin kuat benda yang aku fikir dari dulu.
Antara perkara - perkara yang membuatkan minat untuk travel tu makin kuat.
Tapi nak buat macam mana, komitmen aku dan tuntutan kehidupan seharian,
mana pernah bagi chance.

Apa yang aku dapat, payah yang aku nak kongsikan.
Ia buat aku guna sebagai panduan dalam melukis masa depan
dan cita - cita.

Tapi percayalah,

Setiap kali kita keluar (sementara) dari kelompok manusia yang kita biasa
 dan berjumpa dengan kelompok manusia baru, di tempat yang baru..

Otak kita akan dapat pemikiran dari satu lagi sudut yang segar.

Fresh angle.

p/s : Sentiasalah teroka kehidupan kita sendiri dari sudut - sudut luar dari kebiasaan kita.
Insyaaallah, ada benda baru sedang menunggu.

Saturday 10 September 2011

EH suka hati aku lah. KUBUR LAIN LAIN. yang kau sibuk apahal wei???

Aku kadang kadang sedih tengok kawan kawan aku dekat facebook ni yang mana ada yang elok elok tetiba kang post gambar pelik pelik. Contoh:



@ yang pergi clubbing, tunggang botol arak. selamba je woh. pastu bangga bangga lak dia dapat minum air kencing syaitan

@ yang perempuan islam melayu pakai baju tak cukup kain nak masuk clubbing pastu bangga orang puji body mantap


@ yang lelaki dok bertindik telinga, camwhore sini sana. Muka bangga gila tunjuk dia bertindik telinga


@ yang tetiba jadi lesbian/gay. gambar nak cemolot hape semua dah


Kalau kau ada kawan baik macam ni? apa kau rasa? sedih tak tengok member member yang pernah baik dengan kau jadi macam ni? Ada certain tu member time sekolah dan ada yang kenal tak baik sangat tapi kenal lah.


Kalau ada member member aku post gambar dekat fb depa macam ni, selalu aku senyap je.dan tengok apa dia komen bila orang komen gambar dia. Cuma dalam hati aku beristighfar je lah banyak banyak. ada yang aku rasa nak komen, aku komen lah



Rasulullah s.a.w. :

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."

(hadith Riwayat Muslim)



Kang bila ada membe membe depa yang sound mula lah depa balas balek:


@ ahhhhh apa pon tak boleh

@ ada aku kesah?

@ eh suka hati aku lah. kubur lain lain. yang kau sibuk apahal wei?

@ Mind Your Own Business pleaseeeeeeeeeeee


Sebab kubur lain lain lah orang tegur kau. Kalau nak balas cara kasar boleh je.


" Sebab kubur lain lain lah aku nasihatkan kau ni, karang kau dah masuk dalam kubur, ustaz,ustazah kau, mak bapak kau, adik abang nenek kau, sedara kau, sepupu sepapat kau ada yang nak tolong? ELOK SANGAT LAH TU. nanti kau dah meninggal dunia, kau korek kubur sendiri, timbus kubur kau sendiri, kau kapan kan diri kau sendiri. pastu nanti kubur kau jangan dok dekat sangat dengan aku eh. nanti bising memekak lak kubur aku dengar kau meraung meroyan royan kena seksa dalam kubur kang"



haaaa muahahaha boleh ah balas macam ni. Konpom sentap. Tapi tak elok ah pulak kan. Elok elok dia nak berubah terus lagi jahanam karang. Sebab kang dia SENTAP MAK NAK. jadi gaduh pulak karang. lagi parah pulak nanti kang.


apa cara kita nak tarbiyah orang orang macam ni???



Cuba dekat kan diri dengan dia. Kita nak sound direct dekat dia pon tak boleh jugak. Dakwah haruslah berhikmah. Bayangkan lah ea kita kat tempat dia. Mak bapak kita, kawan kawan baik kita, orang sekeliling kita rileks je tengok kita macam tu. tak ada pon yang nak tegur. Tapi kang tetiba ada orang yang tak pernah rapat or tak berapa rapat dengan kita, sound sound macam bagus. apa kau rasa? opkos lah sentap kan. bengang kan.



Just aku rasa ada sesetengah orang yang macam ni, kita nasihatkan dia macam mana pon, memang dia taknak dengar punya. Kau pumpang pumpang macam mana lah pon, dia tetap jugak buat. Tak lutttt braderrr. hati dia dah gelap mungkin.seronok buat dosa



Tapi aku yakin ada jugak yang still boleh berubah dan nak berubah sebab sometimes dia jadi macam tu sebab datang dalam family macam tu. kita as orang luar ni nak tarbiyah pon ada cara nya. Kita cuba dekat kan diri dengan dia. permulaan untuk berubah adalah dengan niat untuk INGIN berubah. so kita doakan lah kawan kita tu berputik niat untuk berubah



Lepastu kalau kita nak tegur orang pon, kita pon kena lah baik jugak. tak ada lah nanti dia cakap "hek elehhh kau pon dua kali lima je dengan aku MAIL LAMBUNG wei. ada hati nak nasihat kan aku. blah lah wei. go to hell"


haaa hambekkk kena sound dengan dia balek. muahaha



tapi sebenarnya kalau orang nasihatkan kita, kita jangan tengok orang yang nasihat tu, kita tengok apa yang orang tu nasihat tapi biasalah manusia. selalunya judge orang macam tu. tengok orang yang cakap bukan dengar apa dia cakap pon kan? kan?



Tunjukkanlah kebenaran dan kecantikan islam dengan akhlak kita sendiri, barulah orang akan terpikat dengan cara islam. Kalau kita mulut je pumpang pumpang yang mengajak ke arah kebaikan tapi kita sendiri tak mengamalkannya, tak guna jugak. ia adalah satu fitnah besar terhadap islam. So tetapkan hati kita dan cuba sentiasa dekati dia. Wallahu 'Alam.


Aku bet korang pon pernah jugak kan dengar orang kata "EH suka hati aku lah. KUBUR LAIN LAIN. yang kau sibuk apahal wei???" kan? kan? ke korang yang selalu guna mende alah ni?









MOOD hari ini : MOOD USTAZ


oke Bye...: )


kalau suka boleh lah click button like ...  =)

(Review Filem) Hantu Bonceng . Lawak gila babun cerita ni!! :D



Bila kawan aku, si Enn kata nak ajak aku tengok premiere Hantu Bonceng ni. Of course lah aku nak. Aku memang dok tunggu premiere screening cerita ni sebab aku tengok trailer dia cambest je. Bila jadi antara orang terawal yang dapat tengok, bukan cambest ni. MEMANG BEST WOOO!



Ni aku cerita sinopsis cerita ni lah dulu ye. Sinopsis filem Hantu Bonceng yang ikut kepala otak aku je lah kan nak tulis apa berdasarkan apa yang telah aku tonton.Filem ni terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd



Filem Hantu Bonceng ni pasal mat rempit bernama Amran (Zizan) yang suka lah merempit bagai ni. Ye lah dah kata mat rempit. Kerjanya merempit lah kan. Tak kan jual tempe atas motor pulak kan. Ada satu malam dia merempit tu. dia menang lah pulak. Bila dia menang, kira habuan nya ialah perempuan bohsia bernama Maya (Juliana Evans). Kira dia boleh bonceng lah si Maya ni bawak balek rumah ehem ehem.



On the way, dia nak balek tu pulak, sekali depa accident. Si Maya tu meninggal dunia pulak. Lepas si Maya ni meninggal dunia, hantu Maya ni macam tak tenteram ah kan. Sebab mati kejung macam tu je. Hantu Maya ni selalu dok kacau kacau si Zizan ni. Sampai Zizan ni dok bogel bogel lah nak halau hantu punya pasal. Sebab nenek dia pesan "kalau nampak hantu, bogel je depan dia". pastu si Zizan ni selamba badak je lah pi bogel. huahuahua. Tapi jangan risau cerita ni bukan 18sx pon. Tapi part part hantu ni takut budak budak takut ke hape lak tengok kan. Tapi ada je makcik sebelah aku tengah riba baby, baby dia tak ada lah meraung ke hape. Sebab hantu cun kot. kehkeh



Sebab si Amran ni selalu bebeno kena kacau dengan hantu Maya ni. Amran mintak tolong awek dia HALIMATON (Jue Aziz). Tapi panggil TON je. dan mintak tolong jugak kawan dia KUNYIT (Sallehuddin) sebab hantu Maya ni selalu dok "tolong sayaaaa banggggg, tolong saya bangggg" dekat si Zizan ni. Sebab mayat dia kan tak berapa nak disempurnakan sebab tu ada je dekat mana mana

 Bayangkan kalau hantu macam ni dok sebelah kau cakap "tolongggg sayaaa banggg, tolong sayaaa kakkk" time malam malam buta. Mahu tak terkencing kau dalam seluar?? Menggelupur lari. Tengah tengah larik terus pengsan






Tapi rupa rupanya si Maya ni ada kembar nama Ayu (Juliana Evans jugak) Then depa mintak tolong Ayu ni lah jugak. But ada lah konflik yang jadi bila Ayu ni muncul pulak. Tetiba pulak si Amran jatuh cintan dekat Ayu ni. Selamba badak je dia biarkan TON (Jue Aziz) macam tunggul

Time ni Jue dengan Zizan tengah baik. sebab nak siasat pasal Maya ni. Nak cari keluarga si Maya lah time ni. Pakai couple t-shirt yang tak menahan tu. Dengan Zizan buat muka poyo mamat jambu time ni. Lawan gila babun tengok depa ni. Time gaduh tak beragak pulak. si Zizan panggil Jue "baby". Jue panggil Zizan "ucuk" kadang-kadang "bucuk". Ada satu part:


Zizan: Babyyyy babyyy babyyy tolong lah ucuk cari pasal perempuan yang mati tu. boleh lah babyyy. Tolong lah ucuk babyyyyy *sambil buat muka gedik mintak penampa




Jue: BABI!!! *sambil hentak fail

muahaha time ni lawak. Sebab depa tengah gaduh time tu sebab Jue tengah bengang dengan Zizan.




Tapi korang rasa lah kan apa yang akan jadi dekat Amran ni nanti?????


Aik?? aku pulak yang tanya korang kan?? muahahahaha nanti Hari Raya karang tengok lah. Mana boleh cerita semua. Tak sepraissss lah nanti. Tak tanjattt dah boboy kang bila dah tahu semua cerita.




Overall aku sangat berpuas hati dengan cerita ni. Sebab cerita ni berjaya buat aku gelak kawkaw bila tengok. Ada group budak lelaki yang duduk belakang seat aku, punya lah kemain galak gelak. Kalah langsuir kalau gelak



Then pelakon-pelakon cerita ni semua best-best.Ada lagi pelakon lain seperti Zahid AF jadi doktor, Eizlan Yusof jadi bomoh, Dotie jadi awek KUNYIT. Cerita ni simple je. Tak memberatkan kepala hotak kau pon kalau nak tengok. Cerita time raya elok lah yang santai santai macam ni. Kang berat berat sangat siapa pulak nak tengok kan? Cerita ni genre seram komedi. Bab bab pilihan pelakon memang semua tak ada masalah. Barisan pelakon yang ada ni pon dah boleh buat kita tertarik nak pergi panggung nak tengok cerita ni




Filem yang nak bagi orang gelak ni actually lagi susah daripada nak bagi orang nangis. Nak buat orang nangis, senang je. Tapi nak buat orang gelak??? Mampuuuu??? Tapi bila cerita ni boleh buat aku gelak dari awal cerita sampai habis. Kira memang lawak lah.Cerita ni santai lah. Thumbs up to Ahmad Idham sebagai pengarah filem Hantu Bonceng ni





Sallehuddin yang jadi KUNYIT dalam cerita ni pon lawak gila. Kawan baik Zizan dalam cerita ni. Depa dua ni lah paling lawak. Cat Farish jadi ustaz . hahaha .

Bawa jantan masuk ke dlm rumah !!!!

 

 

     
Assalamualaikum..untuk makluman, sebenarnya tajuk entry adalah sesuatu yg benar-benar terjadi, bukan cerita dongengan dan sudah semestinya melibatkan makhluk Allah yg masih hidup di dunia ini.. Bawa masuk jantan dalam rumah! Ini lah yg terjadi pada malam raya ke empat. 

     
     Pada malam raya ke empat trsebut, aku dengan saudara mara yg lain beramai-ramai memeriahkan hari raya Aidilfitri tahun ni di rumah atok kami. Yg kanak-kanak sgt riang bermain bunga api, golongan ibu-ibu dan anak dara sebok berkumpul mnyediakan juadah makan malam manakala golongan bapa-bapa dan si teruna bersembang bersama-sama, ade yg cerita tentang kerja, ade yg cerita tentang isu semasa dan tak kurang juga yg hanya menjadi pendengar setia...

     Dan aku pula si anak dara yg tidak turut serta bersama mereka sbb disuruh ibu untuk mengangkat kain baju kat ampaian.. Sambil mengangkat kain, sayup-sayup aku terdengar suara dari golongan kaum lelaki yg rancak bercerita..Tibe-tibe ade suara yg aku kenal sgt2 iaitu pakcik aku yg mencelah dengan nada suara yg agak tinggi..Orang lain terdiam sepi, langsung tidak bersuara mndengar pakcik aku bercerita.


     Aku pelik la, ape yg membuatkan cerita pakcik aku tu buat org lain tekun mendengar. Cuba nak pasang telinga, tapi kurang jelas cerita yg disampaikan pkcik aku tu..Dengan perasaan ingin tahu yg membuak-buak, aku nak join jugak dengar apa yg begitu rancak diceritakan pakcik aku..Maka dengan azam yg tinggi, aku berlari-lari anak sbb taknak ketinggalan dengan cerita hot pakcik aku tu sambil memikul kain baju yg aku angkat dari ampaian, sampai ade kain baju yg jatuh2 tapi org tak perasan so kire halal je la, haha..


     Setibanya di ruang tamu tempat pakcik aku bercerita, aku pasang telinga m'dengar pakcik aku meluahkan perasaan yg terbuku di hati beliau. The first word yg aku dengar, pakcik aku kata 'Tak sangka pulak die berani bawak masuk jantan dalam rumah. Bila aku balik rumah, aku tengok die duduk elok je kat depan TV seolah-olah macam sambut aku balik. Tapi dalam diam, rupa-rupanya ade jantan dalam rumah tu.. Aku ternampak jantan tu sembunyi kat bawah kerusi..kurang ajar betol!'


     Astaghfirullahalazim, dalam hati aku istighfar. Terdetik dugaan apa la yg menimpa pakcik aku ni..Tapi 5 saat lepas tu, aku terpikir pakcik aku bercakap tentang sape? sape yg bawak masuk jantan kt dalam rumah? Makcik aku ade kat sini dari raya pertama, takde balik rumah lgsung. Pokoknya, rumah tu memang kosong, takde sape yg tinggal situ sepanjang raya..


     Tanpa dengar sampai habis cerita pakcik aku tu, aku berlalu pergi segera mendapatkan ibu aku. Bile nampak je muka ibu, cepat2 aku tanya 'Ibu, pakcik cerita pasal sape? Ade kes orang kena tangkap khalwat ke?'..Ibu aku dah blur, tapi lepas tu gelak-gelakkan aku. Then mase tu turn aku pulak blur, muke dh berkerut-kerut tak puas hati. Pastu ibu cakap 'Tu la, lain kali jadi org, jgn suka mencelah je, tak tau cerita sebenar terus nak judge macam2..'


     Ibu aku pun explain la sebenarnya pakcik aku syok cerita tentang kucing betina die yg berani bawak masuk kucing jantan mase die takde kat rumah. 






p/s: hari ni baru berkesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin pada semua.. :)